Kemalangan Air Kyrgyzstan

  • Pada Tarikh 28 Disember 2011, Syarikat Penerbangan Air Kyrgyzstan dengan Armada Pesawat siri Tupolev Tu-134, dengan pendaftaran EX-020, mengoperasikan penerbangan QH3 dari Bishkek ke Osh, Kyrgyzstan, dengan jumlah 73 penumpang dan 6 kru mengalami pendaratan keras di landasan Osh 12 yang mengakibatkan runtuhnya gear kanan utama, pemisahan sayap kanan dan pesawat bergulir di belakangnya dalam kabut dan jarak penglihatan rendah. Pesawat berhenti di tanah lembut kira-kira 10 meter dari tepi landasan sebelah kanan. Kebocoran bahan bakar dari sayap kiri menyebabkan api meletus yang cepat dipadamkan oleh perkhidmatan kecemasan lapangan terbang. Seorang penumpang cedera parah dan 24 orang cedera ringan (gegar otak, lebam), 16 daripadanya dibawa ke hospital tempatan.